Friday, October 18, 2019

KISAH BENAR BELI RUMAH – BELI RUMAH TAPI TINGGAL RUMAH SEWA


Kebanyakan mentaliti rakyat Malaysia saya perhatikan, rumah yang nak dibeli haruslah rumah landed dan tinggal sendiri. Bagi mereka yang bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur, terutama pasangan sekitar awal 30’an ke 40’an, rumah yang mereka beli akan terletak jauh dari tempat kerja kerana landed property yang mereka beli mengikut budget kewangan mereka adalah sekitar RM400 ribu ke RM 500 ribu, dengan bayaran ansuran bulanan dalam lingkungan RM 2000.00 dan ke atas.
.
Hari ni saya kongsikan kisah sorang kawan saya bernama MEON (bukan nama sebenar). Umoq dia la ni 27 tahun. Mempunyai pendapatan bulanan bila digabungkan dgn bini dia berjumlah RM8000.00 sebulan. Komitmen bulanan MEON adalah 2 buah kereta berjumlah RM 1200.00 sebulan.
.
MEON telah membeli sebuah Kondo di Jalan Chaw Yum Fat bersaiz 807 sqft dengan harga RM 583 891.20 melalui skim HOC. Ada rebat yang ditawarkan oleh pemaju, MEON Berjaya memiliki rumah tersebut tanpa bayaran muka dan pinjaman sebanyak 90%, yuran guaman, MOT dan stamp duti adalah percuma.
.
Aku tanya MEON, awat hg pilih Kondo dan bukan rumah teres seperti yang dia dgn bini dia dok la ni... Dah la saiz kecik 800sqft sahaja. La ni MEON menyewa rumah teres di Ampang dengan keluasan 1450 sqft, 3 bilik dan 3 bilik air dengan sewa bulanan RM 1600.00 sebulan. Meon dok dgn bini dan 3 anak org anak dia yang masih kecik..
Ini alasan dia bg kt aku, kalau MEON beli rumah yang berkeluasan sama di sekitar Ampang yang mana dekat dengan tempat kerja dia, harga adalah sekitar RM720 000.00 dimana bayaran bulanan adalah RM2967.00 dengan downpayment 10%. Iaitu jumlah ni lebih tinggi dari harga sewa umh dia skrg..
Dengan membeli Kondo di kawasan tengah bandar Kuala Lumpur yang MEON beli la ni, andai MEON sewakan apabila siap nanti bagi keluasan yang sama dan Fully Furnished, kadar sewa adalah sekitar RM3500 – RM4000. Manakala bayaran ansuran bulanan pinjaman MEON hanya RM2673.60. Pendapatan sewa tu nanti bakal mengecilkan lagi perbelanjaan sewa rumah beliau yang sedia ada. Selain itu, MEON bakal memiliki kondo yang baru dibeli ini tanpa membebankan komitmen bulanan sebab bayaran bulanan dibayar mengunakan duit sewa kondo itu nanti..
Selain itu, peningkatan nilai harga Kondo di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur adalah lebih cepat berbanding landed property. Disamping permintaan yang tinggi bagi pembeli negara asing, dan kawasan TRX yang bakal siap nanti akan menjana 400 000 peluang pekerjaan melalui syarikat antarabangsa. Pada ketika ini, syarikat luar negara seperti HSBC dalam proses membangunkan Menara-menara mereka..

Dengan pendapatan sewa kondo itu nanti, pendapatan tersebut diterima pakai oleh Bank sebagai pendapatan tambahan dan melayakkan beliau untuk membeli rumah lain dan mendapat pinjaman rumah yg seterusnya..
Dalam tempoh 5-10 tahun, nilai rumah tersebut akan meningkat 100% dari segi Capital Appreciation Value yang mana boleh dijadikan sebagai tabung MEON dan keluarga.. Yang mana kalau dijual, MEON bakal meraih sekitar RM400,000.00 ke atas.
.
Andai MEON beli rumah teres dan tinggal bersama keluarga, MEON terpaksa menambah kos sediada dari pendapatan dia.. Kalau nak dicari rumah yang bayaran pinjaman dalam lingkungan RM1600.00, rumah dalam harga sedemikian terletak jauh dari pusat bandar dan kos pengangkutan dia dan bini dia akan meningkat. Selain itu, MEON masih muda dan belum membuat keputusan di mana kawasan yang akan beliau pilih untuh persaraan pada 35 tahun akan datang.
.
Jadi adalah lebih baik bagi MEON untuk membeli rumah yang boleh menjana pendapatan dalam mengecilkan belanja sewa bulanan dia dan boleh dijadikan simpanan yang bernilai sekurang-kurangnya RM400,000.00 dalam tempoh 10 tahun tanpa membebankan diri pada masa ini.
.
Kalau saya tanya anda, elok ke cara MEON ni? Kalau anda, anda pilih beli rumah untuk tinggal atau beli rumah untuk jana pendapatan? mana satu pilihan anda?
Bila pikiq blk berguna jgk cara MEON ni,awat la kesedaran tu mai kt aku lambat... 😓🥶
mai belanja SHARE dan LIKE sekali, bgtau sama kt kawan2 hampa yg lain supaya bijak mcm MEON..🙂👨‍💼

No comments:

Post a Comment